Senin, 16 Desember 2013
Keputusan Sambung Pengajian Di Mesir Esok

KUALA LUMPUR – Penuntut Malaysia di universiti di Mesir yang memohon meneruskan pengajian mereka di tanah air boleh menyemak keputusan permohonan mereka bermula 5 petang esok menerusi www.mohe.gov.my/j3p2m.
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan hari ini, mereka yang berjaya harus menghubungi institusi pengajian tinggi (IPT) yang berkenaan bagi mendapatkan surat tawaran dan proses lain.
Keputusan penempatan pelajar ini adalah muktamad, kata kenyataan itu. – BERNAMA
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar