Social Icons

Pages

Minggu, 29 Desember 2013

Ahmad Said Tengku Razaleigh Shahrir Samad Ismail Sabri Azalina Kekal Ketua Bahagian


Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Umno Bahagian Kemaman.

Menurut keputusan tidak rasmi, Ahmad memperoleh 753 undi manakala pencabarnya, Mat Dalam Awang meraih 41 undi dalam pemilihan parti hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang juga Anggota Parlimen Kemaman, pula tidak dicabar untuk jawatan Timbalan Ketua Umno
Bahagian berkenaan.

Proses pengundian, yang bermula pukul 11.20 pagi, membabitkan 830 perwakilan.

Sementara itu, Tengku Razaleigh Hamzah kekal sebagai Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Kelantan. Beliau menerima 423 undi menewaskan Datuk Bazlan Baharuddin (154 undi).

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad juga mengekalkan jawatan beliau apabila menerima 366 undi berbanding dua pencabar yang masing -masing menerima 137 dan 16 undi sahaja.


Shahrir pertama kali dicabar dalam tempoh 31 tahun mengetuai bahagian tersebut.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri juga kekal mengetui UMNO Bahagian Bera apabila menerima 278 undi sekaligus menewaskan bekas Setiausaha Politik beliau, Datuk Azizan Che Omar (103 undi).


Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Raof Yusoh (287 undi) pula kini mengetuai UMNO Masjid Tanah, Melaka apabila menewaskan Datuk Ismail Othman (169) dan tan Sri Abdul rahim Thamby Chik (126).

Bekas Ketua Puteri, Datuk Seri Azalina Othman Said juga mengkekalkan jawatan ketua peringkat bahagian di Pengerang, Johor. Beliau menewaskan tiga pencabar iaitu Datuk Harun Abdullah, Abdul Jalil Abdul Kahar dan Mohamed Long.


Selain itu, Tan Sri Isa Abdul Samad dan Datuk Tajuddin Abdul Rahman kekal Ketua Bahagian UMNO masing-masing di Teluk Kemang (Negeri Sembilan) dan Pasir Salak (Perak).

Keputusan-Keputusan Lain;

Mohamad Hasan

SEREMBAN : Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan pada Sabtu mempertahankan semula jawatan Ketua Umno Bahagian Rembau selepas memperoleh jumlah undi besar sebanyak 679 undi daripada 799 perwakilan yang hadir pada Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Rembau di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, dekat sini.

Mohamad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri menewaskan pencabarnya yang juga bekas Exco, Datuk Mohamad Rais Zainuddin yang mendapat, 108 undi. – laporan mstar online

Pengganti Rais Yatim

JELEBU : Ahli Exco Kerajaan Negeri, Datuk Jalaluddin Alias memenangi jawatan Ketua Umno Bahagian Jelebu, menggantikan Tan Sri Dr. Rais Yatim yang tidak mempertahankan jawatan dalam pemilihan pada Sabtu.


Jalaluddin, 50, yang juga penyandang Timbalan Ketua bahagian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, menewaskan Ahli Parlimen Jelebu, Zainudin Alias merangkap Naib Ketua bahagian.

Jawatan Timbalan Ketua dimenangi Pengarah Belia dan Sukan Melaka, Baharuddin Jali mengalahkan dua pencabar, Datuk Yunus Rahmat yang juga ADUN Klawang dan seorang pengarah di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Amran Sameon.

Manakala bagi jawatan Naib Ketua bahagian, ia dimenangi ADUN Sungai Lui, Mohd. Razi Mohd. Ali, mengalahkan Setiausaha bahagian, Zaharuddin Baba Samion.

Pengusaha Restoran Ikan Bakar Sekinchan Menang

SABAK BERNAM : Pengusaha Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Datuk Jamal Md. Yunos menang jawatan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar setelah menewaskan Mardi Sukir dalam pemilihan pada Sabtu.

(Berita lanjut menyusul…)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar