Social Icons

Pages

Jumat, 31 Januari 2014

Kejayaan terbesar Nik Aziz ubah minda rakyat Kelantan

sinarharian 15 April 2013
Nik Aziz Nik Aziz berucap pada program Bicara Cinta Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengakui kejayaan terbesar beliau sepanjang memerintah Kelantan adalah kebertinjauanannya mengubah minda rakyat negeri itu ke arah "minda Islam."
Nik Aziz berkata demikian pada program Bicara Cinta dan pelancaran buku Bicara Ini Demi Ilahi di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Program Bicara Cinta dianjurkan oleh Sinar Harian.

Menurut beliau, pendekatan Islam yang beliau gunakan dalam mentadbir kerajaan negeri Kelantan banyak membantu ke arah kejayaan itu.

"Baru-baru ini, ada pelajar Singapura dari Universiti  Australia datang bertemu saya, beliau soal saya, apa Tok Guru buat untuk rakyat Kelantan, saya kata saya bawa perubahan minda kepada masyarakat, sebab itu dianjurkan oleh agama kita," katanya.

"... sebab itulah ketika Nabi berhijrah ke Madinah, Baginda di sambut dengan meriah oleh masyarakat Madinah, sebab mereka tahu Nabi membawa kebenaran dan pencerahan ilmu untuk mereka," ujarnya.

Nik Aziz Nik Mat merupakan Menteri Besar Kelantan yang ke-12 dan mula memegang jawatan tersebut sejak tahun 1990.

Di samping itu, ketika menyentuh perihal buku karyanya, beliau menyatakan buku itu banyak menyentuh mengenai erti "cinta".

Katanya, erti cinta sebenar adalah, cinta kepada Ilahi.

"Manusia sering salah erti mengenai ungkapan cinta, erti cinta yang sebenarnya adalah mencintai-Nya melebihi dari segalanya," katanya.

"... hati ini hendaklah dididik mencintai ALLAH, supaya kita selamat dunia akhirat," tambahnya lagi.

Buku Bicara Ini Demi Ilahi diterbitkan oleh Grup Buku Kumpulan Media Karangkraf.

Pada majlis pelancaran buku ini , 400 naskah berjaya dijual.
selengkapnya

Kamis, 30 Januari 2014

Pembunuh Dirang Dihukum Gantung Sampai Mati

Kes Bunuh

Mahkamah Tinggi di Johor Bharu sebentar tadi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Muidin Maidin, 26, selepas didapati bersalah membunuh Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan tersebut selepas mendapati keterangan pembelaan ke atas Muidin gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Lelaki yang bekerja sebagai buruh itu didakwa membunuh Dirang di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai antara pukul 11.30 pagi 1 Mac 2012 sehingga 12 pagi 2 Mac 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Mengaku menjadikan dendam motif utama, lelaki itu nekad menculik Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang yang merupakan cucu warga emas berkenaan ketika si kecil keluar dari rumahnya yang terletak di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang seorang diri pada 1 Mac tahun lalu.
Dirang
Pada hari kejadian, Dirang keluar rumah untuk membeli mi segera setelah mengadu lapar sebaik bangun tidur kepada ibunya. Siapa sangka, hajat untuk menikmati makanan tidak kesampaian apabila dia kemudiannya dicekik sampai mati. Sudah pasti, si kecil yang baru berusia 5 tahun itu masih terlalu mentah untuk mengerti mengapa dia diperlakukan sebegitu.
Tidak cukup dengan meragut nyawa Dirang, pembunuhnya memasukkan pula mayat Dirang ke dalam satu lubang sebelum dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai.
Tujuh hari kemudian, barulah mayat Dirang yang hanya tinggal serpihan rangka rentung ditemui anggota polis yang melakukan siasatan selepas kehilangannya dilaporkan ibu bapa Dirang, Roselyn Alan, 25, dan Lima Medeng, 25. Ujian DNA mengesahkan perkara ini.
Dirang-Nurul-Nadirah
Sebaik sahaja berita pembunuhan kejam Dirang diketahui umum menerusi laporan media massa, rata-rata masyarakat yang berang mendoakan pembunuhnya segera diadili dan diberikan hukuman berat.
Hari ini, doa dan harapan itu nyata terlaksana. Pembunuh Dirang, buruh kontrak bernama Muidin Maidin, 27, diputuskan bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi selepas pihak pembelaan didapati gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pendakwaan.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman sebelum menjatuhkan hukuman terbabit berkata, manusia seperti tertuduh adalah amat bahaya berada di kelompok masyarakat.
Beliau berkata, tertuduh juga memiliki nafsu umpama binatang dan sanggup melakukan apa saja bagi memuaskan nafsunya.
“DNA Ente berada dalam anus (dubur) dan vagina (kemaluan) si mati.
“Si mati adalah insan kerdil yang tidak mengerti apa-apa namun Ente menekup mulut dan tekak hingga dia lemas dan tidak bernyawa.
“Ente cuba melupuskan mayat dengan cara membakarnya di rumah terbengkalai dan Ente menjangka Ente bijak,” katanya.
Abdul Halim berkata, sebelum perlakukan demikian, Muidin mengumpan mangsa dengan gula-gula strawberi dan membawa mangsa ke arah kebun kelapa sawit.
Syukurlah, keadilan terhadap Dirang dapat ditegakkan. Semoga hukuman ini mampu menimbulkan gerun di hati manusia yang terdetik mahu berbuat jahat terutama terhadap anak kecil di luar sana!
selengkapnya

Rabu, 29 Januari 2014

Pelanggan Pub Bertempiaran Diserbu Polis

Tersentak dengan serbuan sepasukan polis Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya, pengunjung yang leka berhibur bertempiaran lari dari sebuah kelab malam di Jalan SS24/2 Taman Megah di sini, malam kelmarin.


Gambar hiasan

Serbuan jam 9 malam itu berjaya menahan lapan wanita Filipina berusia 21 hingga 28 tahun dipercayai pelayan pelanggan (GRO).

Ketua Operasi, Asisten Superintendan Mohd Nazri Daud berkata, pemeriksaan lanjut mendapati enam daripada wanita yang ditahan mempunyai pasport manakala dua lagi tidak mempunyai dokumen perjalanan sah. “Polis menyerbu kelab malam ini berulang kali sebelum ini atas kesalahan sama tetapi mereka masih berdegil. “Siasatan awal tidak menolak pengusaha kelab malam ini turut menjalankan aktiviti pelacuran dengan mendapatkan wanita terbabit daripada ejen tertentu untuk dijadikan GRO,” katanya.

Menurutnya, siasatan turut mendapati pelanggan dibenarkan membawa pulang GRO yang diinginkan dengan harga ditentukan wanita itu sendiri.

Katanya, seorang wanita tempatan yang juga penjaga kelab berkenaan berusia 30-an ditahan untuk membantu siasatan.

Difahamkan kelab malam itu mempunyai lesen yang akan tamat pada Disember nanti.

-Hmetro
selengkapnya

Rabu, 01 Januari 2014

Perkahwinan pertama dan terakhir Malek Noor

ISNIN, 12 MAC 2012



KOTA BHARU - “This is my first and last marriage (ini perkahwinan pertama dan terakhir buat saya),” kata bekas jaguh bina badan negara, Datuk Abdul Malek Noor, 56, yang selamat diijabkabulkan dengan Pakar Runding Kanak-kanak, Dr Wan Asma Wan Ismail, 52, dalam majlis akad nikah di Kelantan Trade Centre (KTC), di sini, semalam.

Dengan sekali lafaz, Malek sah bergelar suami selepas dinikahkan bapa Dr Wan Asma, Wan Ismail Wan Ahmad, 86, jam 11 pagi.

Kedua-dua mempelai tampil dengan persalinan serba putih diraikan 100 ahli keluarga terdekat serta rakan.

Dr Wan Asma yang juga ibu kepada tujuh anak berusia antara 11 hingga 30 tahun dan nenek kepada empat cucu, menerima mas kahwin dan hantaran senaskhah al-Quran selain lima dulang daripada pihak lelaki termasuk beg tangan, minyak wangi, persalinan solat, kasut, kek dan dibalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.

Majlis persandingan kedua-dua mempelai diadakan di Hotel Renaissance, di sini, malam tadi.
selengkapnya

Nazak Permintaan Terakhir

AHAD, 18 MAC 2012

Hashimah memegang gambar tiga daripada empat anak Ros.




KUALA LUMPUR -“Sebelum adik saya menghembuskan nafas terakhir, hanya satu harapannya iaitu ingin berjumpa semula dengan empat anak lelakinya selepas terpisah sejak 10 tahun lalu.

“Bantulah kami supaya harapan terakhirnya itu tercapai,” kata Hashimah Abdul Manan, 51, kakak kepada seorang pesakit barah hati yang kini nazak dan terlantar di sebuah sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Hashimah berkata, adiknya, Rossanah, 44, disahkan doktor menghidap barah hati tahap akhir kira-kira tiga minggu lalu dan sejak itu dia hanya terbaring di katil hospital serta bergantung pada alat bantuan pernafasan untuk meneruskan kehidupan.

Menurutnya, Rossanah yang lebih mesra dipanggil Ros terpisah dengan empat anaknya itu selepas dibawa bapa mereka.

“Ketika kejadian 10 tahun lalu, adik saya ada masalah dengan suaminya, tapi kami adik-beradik tak tahu apa puncanya.

“Ros dihantar suaminya ke rumah ibu bapa kami di Setapak manakala anak mereka yang ketika itu berumur tiga hingga 10 tahun dibawa bersama lelaki itu. “Ketika itu, kami tidak mengesyaki apa-apa. Tidak sangka selepas itu, dia tidak pulang mengambil isterinya,” kata Hashimah ketika ditemui semalam.

Menurutnya, sejak kejadian itulah hubungan Ros dengan anaknya terputus dan usaha wanita itu serta anggota keluarga lain mencari mereka gagal.

Hashimah berkata, empat anak lelaki Ros ialah Asymawi Zulkifli yang kini berusia 20 tahun, Muhammad Arif Zulkifli, 18, Muhammad Asyraf, 15, dan Aminuddin Zulkifli, 13.

“Sebelum nazak, Ros memberitahu dia terlalu rindu dan ingin sangat bertemu dengan empat anaknya, malah dia selalu menyebut nama mereka,” katanya.

“Saya amat berharap agar permintaan terakhir Ros dapat menjadi kenyataan. Biar apapun masalah antara dia dan suaminya dulu, kami harap ia dapat dilupakan kerana kami tidak tahu berapa lama masa lagi yang dia ada sebelum menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

Hashimah berharap sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keempat-empat anak Ros dapat menghubunginya di talian 012-3948980 atau 016-3355921.
selengkapnya

Ayah mangsa Insiden Tiananmen Gantung Diri Sebagai Protes Kegagalan Pemerintah Cina


Posted by Rafly Rindengan on May 30, 2012 |     
korban tiananmen manado today
Ya WeiLin menggantung dirinya sebagai protes atas kematian anaknya. Gambar ini diambil pada tahun 2007, menunjukkan WeiLin (kanan) dan istrinya, Zhang Zhengxia, memegang gambar anak mereka, Ya Aiguo (Foto : AP/ABC Spanish Daily Newspaper)

Ayah dari seorang pria Cina yang tewas dalam insiden Lapangan Tiananmen pada 1989 menggantung dirinya sebagai bentuk protes, akibat tidak juga memperoleh kejelasan tentang siapa yang bertangungjawab atas kematian anaknya lebih dari dua dekade silam.
Sebuah kelompok, yang dikenal sebagai Ibu Tiananmen, mengatakan bahwa tubuh Ya WeiLin (73) ditemukan di sebuah garasi parkir bawah tanah yang tidak digunakan di bawah kompleks perumahan di Beijing. Dan ia diyakini telah membunuh dirinya, pada Jumat (25/05).

Dalam sebuah Obituari yang diposting kelompok itu di situsnya mengatakan bahwa menurut keluarga Ya, dia membawa catatan rinci tentang kematian anaknya Ya Aiguo dan menyatakan bahwa ia akan bunuh diri sebagai protes karena masalah ini belum ditangani selama lebih dari 20 tahun.
“Kami telah menulis berulang kali dalam 18 tahun terakhir. Namun mereka tidak pernah peduli untuk menjawab, bahkan tidak pernah sama sekali, dan mengabaikan kami. ” tutur Ya WeiLin dalam sebuah wawancara dengan Catalonian TV3 pada 2007 silam.

Kematian WeiLin terjadi sekitar seminggu menjelang peringatan pada malam 3-4 Juni 1989, ketika militer membubarkan protes yang dipimpin mahasiswa, yang diduga menewaskan ribuan mahasiswa, aktivis dan warga sipil.
Setelah insiden berdarah di lapangan Tiananmen, informasi mengenai insiden tersebut ditutup rapat-rapat oleh pemerintah Cina. Bahkan kejadian tersebut sama sekali tak pernah disinggung dalam buku sejarah negara tersebut.

Selain itu, mendiskusikan kejadian itu menjadi suatu hal yang tabu bagi publik Cina, tapi para Ibu Tiananmen secara rutin mengirimkan surat terbuka yang mendesak para pemimpin negara itu untuk menjelaskan kematian dalam insiden itu, dan agar salah satu catatan kelam dalam sejarah negara ‘Tirai bambu’ tersebut tidak hilang begitu saja.
selengkapnya